Sunday, 8 January 2012

Arahan kepada peserta perhimpunan aman 901


Bagi mereka yang datang dari luar Lembah Klang dan sudah pun berada di dalam kawasan sekarang sila bergerak ke Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru malam ini untuk Ceramah Grand Finale bersama DSAI.

Bagi peserta dari Wilayah Persekutuan, anda juga diminta untuk ke Kg Baru malam ini.

Selepas selesai ceramah, sila menuju terus ke sekitar kawasan Mahkamah Jalan Duta dan kawasan sekitarnya. Komandan bertugas akan mengetuai anda di sana.

Bagi peserta dari Selangor, anda diminta untuk ke Dewan Jalan H, Kg Pandan untuk Ceramah Grand Finale bersama DSAI.

Selepas selesai ceramah, sila menuju terus ke sekitar kawasan Mahkamah Jalan Duta dan bergabung dengan peserta dari Kg Baru.

Terus bermalam di kawasan sekitar Mahkamah Jalan Duta seperti di Masjid Wilayah Persekutuan dan sebagainya.

Jam 7 pagi selepas solat subuh sila menuju ke tempat letak kereta Mahkamah Jalan Duta dan tunggu arahan selanjutnya di sana.

Ketua kumpulan dari setiap negeri sila berkumpul dan bertemu di lokasi yang akan diberitahu oleh Komandan Mobilisasi.


    Read more

    Nota-nota penting bagi kelancaran perhimpunan 901



    Semua peserta perhimpunan hendaklah sentiasa mematuhi arahan yang diberikan oleh komandan semasa hari perhimpunan.

    Jangan bertindak keterlaluan dan membuat provokasi kepada mana-mana pihak yang berada di lokasi perhimpunan.

    Pastikan setiap peserta dalam kumpulan anda berkelakuan baik dan mengawal tingkah laku supaya perhimpunan berlangsung dalam keadaan aman.

    Sekiranya anda melihat sebarang tindakan provokasi dilakukan oleh mana-mana individu, kenal pasti individu tersebut dan laporkan kepada marsyal bertugas. Marsyal boleh dikenali dengan pakaian hitam dan lilitan merah di lengan.

    Sekiranya berlaku kecemasan, sila laporkan kepada marsyal berdekatan dengan anda dan juga kepada pegawai perubatan.

    Sentiasa bergerak dalam kumpulan dan dengar arahan daripada komandan.

    Jika bertembung dengan kumpulan provokasi seperti Perkasa & Pekida, sila abaikan mereka.

    Arahan akan diberikan oleh komandan dari semasa ke semasa. Sila ikuti ketua kumpulan anda.


      Read more

      10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis





      10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis

      1. BAGAIMANA MENDEFINASIKAN ISTILAH ‘DITAHAN’? HANYA APABILA …
      a. Polis berkata kepada anda, “Anda ditahan”
      b. Polis menggari tangan anda
      c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis

      2. BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS (semasa berjalan, memandu pulang dsb.)
      a. Anda mungkin akan disoal. HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan diri anda
      b. Anda tidak perlu menjawap lain-lain soalan
      c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan nombor kad pengenalan mereka.
      d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka

      3. JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN
      a. Tanya kepada polis berkenaan, “Adakah saya ditahan?”
      b. Sekiranya mereka berkata “Ya”, jangan menjawap apa-apa lagi soalan yang diajukan kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawap apabila berada di mahkamah sahaja.
      c. Sekiranya mereka berkata “Tidak”, anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja.

      4. JIKA ANDA DITAHAN
      a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda
      b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda. Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis Dang Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada.
      c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan

      5. KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA
      a. Mengapa anda ditahan

      6. SELEPAS DITAHAN
      a. Pihak polis hanya boleh menahan anda didalam lokap selama 24 jam sahaja, tidak kira samada pada hari cuti am atau pada hujung minggu. Ini adalah hak PERLEMBAGAAN anda. Selepas tempoh masa 24 jam berakhir, pihak polis mesti membawa anda ke hadapan majistret untuk direman (dimana anda mesti tinggal di lokap polis bagi ‘membantu’ siasatan mereka). Jika tidak, anda akan dilepaskan samada atas jaminan (jamin mulut) atau akan didakwa di mahkamah. Sebaik sahaja didakwa, anda perlukan penjamin dan wang jaminan kecuali ianya bukan dakwaan yang berjamin
      b. Anda tidak boleh membawa sebarangan barang-barang ke lokap kecuali pakaian yang sedang anda pakai ketika itu. Apabila pihak polis mengambil barang-barang anda, anda mesti menurunkan tandatangan untuknya. Sekiranya anda mempunyai wang atau kad bank / kredit, pastikan anda mengira duit anda dan pastikan polis tersebut mencatatkan jumlah yang anda ada, dan apa kad bank / kredit yang anda miliki.
      c. Anda mungkin diminta memberi kenyataan 113 (kenyataan peringatan). Pegawai polis yang mengambil kenyataan tersebut mestilah membacakan hak-hak anda

      7. SOAL SIASAT POLIS
      a. Berhati-hatilah semasa menjawap soalan-soalan yang diajukan oleh pihak polis. Ia mungkin dalam bentuk soalan-soalan mesra yang biasa seperti cuaca, keluarga anda dsb. untuk menenangkan anda. fikir berulang kali sebelum menjawap kerana ia boleh digunakan untuk menentang anda semasa dimahkamah nanti. Ingat, kerja polis ialah memastikan mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anda, dan bukannya untuk mempunyai perbualan yang mesra.
      b. Sekiranya pihak polis meminta anda memberikan kenyataan 113, anda mesti memberikan butir-butiran anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan dsb. dan pastikan anda tahu nama pegawai polis tersebut. Jika terdapat lain-lain soalan, kami BETUL-BETUL nasihatkan anda supaya tidak menjawapnya sehingga hari perbicaraan anda dimahkamah, dan ketika bersama-sama dengan peguam anda. Itu adalah hak anda! Apa sahaja yang anda kata, boleh digunakan untuk menentang anda ataupun rakan-rakan anda. Anda boleh menjawap semua soalan-soalan lain tersebut seperti ini:

      S: adakah anda berada di Dataran petang tadi?
      J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
      S: bagaimana anda datang ke Dataran petang tadi?
      J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
      S: adakah ibu anda menyediakan bekalan sebelum anda keluar?
      J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah

      c. Sekiranya pegawai polis yang mengambil kenyataan anda mengancam anda secara percakapan mahupun kelakuan, anda mestilah berhenti dari memberikan kenyataan anda dengan segera. Bertenang dan beritahunya “Saya tidak boleh meneruskan kenyataan saya kerana awak telah mengancam keselamatan saya. Saya mahu ini dicatatkan kedalam kenyataan saya.” Sekiranya pegawai polis itu tidak mencatatkan bantahan anda tersebut, tunggu sehingga ke akhir kenyataan anda. Tetapi sekiranya pegawai polis tersebut masih terus mengancam anda, tinggalkan bilik tersebut dan beritahu pegawai polis yang lain dan minta ‘perlindungan’ mereka.
      d. Apabila anda telah habis menjawap soalan, pegawai polis akan membenarkan anda membaca kenyataan anda tersebut. Dia akan bertanya samada anda mempunyai apa-apa yang ingin ditambah, ditukar atau dipadamkan. Inilah masanya anda membetulkan apa-apa kesilapan atau atau menambah lain-lain komen didalam kenyataan itu. Contohnya, jika anda telah diancam sewaktu soal siasat atau diserang semasa penahanan anda dsb. ini adalah satu lagi peluang untuk anda menyatakannya. Pegawai polis berkenaan mesti menaip semua itu. Anda akan diminta untuk menandatangani kenyataan anda tersebut. Baca semula dengan teliti dan tandatangan sedekat yang boleh dibawah perenggan yang terakhir, supaya tiada siapa yang boleh menokoktambahnya lagi.

      8. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Direman)
      a. Sekiranya anda tidak mempunyai peguam, anda mesti meminta wakil peguam. Pusat Bantuan Guaman ada menempatkan peguam-peguamnya dimahkamah bagi tujuan ini.
      b. Beritahu majistret sekiranya anda ada mempunyai apa-apa rungutan seperti sekiranya anda di pukul, diancam; sekiranya anda sakit, perlukan rawatan perubatan dsb.

      9. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Dakwaan)
      a. Sekali lagi, anda mesti meminta wakil peguam
      b. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menjamin anda keluar. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi keluarga atau rakan anda, minta kebenaran dari majistret untuk membantu anda menghubungi keluarga anda. Jika tidak, anda boleh meminta bantuan peguam anda. Keluarga anda akan perlu membawa duit untuk menjamin anda keluar, yang mana mestilah dalam bentuk pembukaan akaun di bank yang terletak paling dekat dengan mahkamah tersebut. Tanya peguam anda atau majistret dimanakah letaknya bank tersebut. Tidak ada bentuk bayaran lain seperti bayaran tunai atau cek yang akan diterima oleh mahkamah.

      10. SEKIRANYA ANDA DIPUKUL SEMASA DALAM TAHANAN
      a. Selepas anda dibebaskan atas jaminan, pastikan anda pergi ke mana-mana klinik kerajaan atau hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda tahu nama doktor yang bertugas dan nombor rujukan laporan kesihatan anda supaya ia boleh digunakan dimahkamah kemudian.
      b. Sekiranya anda masih dalam reman, pastikan anda memberitahu majistret yang berkenaan bahawa anda perlu pergi ke hospital atau ke klinik.
      Read more

      Peta "Rally Point" Perhimpunan Aman 901

      Berikut adalah merupakan peta "rally point" semasa perhimpunan aman 901 berlangsung pada Hari Isnin 9 Januari 2012. Kepada semua para peserta, anda diminta untuk merujuk kepada peta ini dan sebarkan kepada rakan-rakan yang lain agar kita semua sama-sama dapat memastikan perhimpunan aman 901 akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

      Berikut adalah aturcara perhimpunan 901:

      12am - 7am : Berarak ke kawasan sekitar Mahkamah Jalan Duta selepas selesai ceramah Grand Finale di Kg Pandan & Kg Baru.

      7am : Berkumpul di Kawasan A. Kawasan A juga boleh digunakan untuk meletakkan kenderaan.

      7.30am : Bergerak ke Kawasan B secara berkumpulan dan beransur-ansur.

      8am : Ucapan awam oleh pimpinan akan bermula di Kawasan B.

      8.45am : DSAI & keluarga akan tiba di Mahkamah Jalan Duta.

      9.45am : Keputusan kes akan diumumkan oleh mahkamah. Apa jua keputusannya, semua peserta diminta untuk berarak ke dalam kawasan Masjid Wilayah Persekutuan untuk berhimpun dan solat hajat.

      10.45am : Bersurai dengan aman.

      Nota:

      1. Semua peserta diminta untuk merujuk komandan masing-masing dalam memastikan kelancaran perhimpunan aman ini.
      2. Semua peserta diminta untuk mematuhi arahan yang diberikan oleh komandan pasukan. Rujuk ketua anda untuk mengetahui siapakah komandan pada hari perhimpunan tersebut.
      3. Semua peserta diminta mematuhi segala peraturan yang telah diberikan.
      4. Hormati semua pihak yang terlibat seperti PDRM dan FRU. Jangan melakukan sebarang provokasi.
      5. Jika ada yang anda lihat membuat provokasi, kenal pasti siapa mereka dan kemudian laporkan kepada pihak marsyal bertugas. Anda boleh kenali pihak marsyal yang memakai t-shirt hitam dengan lilitan warna merah di lengan.





      Read more

      Perjuangan untuk rakyat lebih penting dari nasib saya - Anwar



      SUBANG JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat supaya meneruskan perjuangan sekalipun beliau dipenjara, demi membebaskan negara ini dari kancah rasuah, selain menegakkan demokrasi dan keadilan serta menolong rakyat miskin.Berulang kali berkata demikian, beliau tidak digentar dipenjara, malah pernah mengalami pelbagai seksaan, penghinaan dan dipukul tetapi ia tidak sedikitpun mengurangkan semangat juang membela rakyat.

      “Ini perjuangan agama dan tuntutan universal,” kata Ketua Umum KEADILAN itu depan kira-kira 10,000 orang dalam ceramah di stadium mini 3K Subang Jaya, malam tadi.Kurang 60 jam menjelang keputusan kes Fitnah II, Isnin ini, Anwar sudah sedia berdepan sebarang kemungkinan dan keputusan mahkamah, selain bersedia di segi mental dan fizikal.Dengan tegas, Anwar berkata: “Kes Fitnah II dan keputusannya tidaklah penting. Yang lebih penting ialah persiapan Pakatan Rakyat menghadapi PRU 13 supaya Pakatan dapat berkuasa di Putrajaya.“Kita mesti teruskan perjuangan menegakkan keadilan, kebebasan, menentang rasuah, diskriminasi, penipuan dan kezaliman BN. Perjuangan ini jauh lebih penting dari memikirkan nasib saya atau keputusan mahkamah,” katanya.

      Dipetik dari HarakahDaily, kata-kata itu disambut dengan tepukan gemuruh dari orang ramai yang terdiri dari pelbagai kaum.Dengan suara bergetar, Anwar memberitahu, beliau akan terus berjuang sama ada di dalam penjara atau di luar penjara dan meminta rakyat yang mahukan kebebasan dan pemerintahan yang adil, mesti meneruskan perjuangan. Dalam pada itu, beliau berkata, beberapa pemimpin negara Asia Barat termasuk kerajaan baru Tunisia dan Perdana menteri Turki, Resep Rayeeb Erdogan menawarkan beliau dan keluarganya supaya tinggal di negara mereka tetapi beliau menolak.

      “Saya tidak akan lari ke luar negara walau apapun kemungkinan yang berlaku. Wan Azizah, anak-anak dan menantu sudah saya beritahu,” katanya.Minggu depan, kata Anwar, beliau akan berada di luar negara beberapa hari untuk berucap di beberapa seminar termasuk di Turki yang akan membincangkan persoalan gerakan Islam dan demokrasi.
      Read more

      Himpunan 901: Kelantan paling ramai 10,000 orang



      Sebahagian besar mereka sudah berada di KL kerana menyaksikan final bola sepak antara Kelantan melawan Negeri Sembilan malam ini. Sebahagian penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berada di Kuala Lumpur bagi menjayakan kempen bebaskan Anwar 901 Isnin ini.

      Mereka akan berada di tempat letak kereta mahkamah Jalan Duta bagi memberikan sokongan kepada Anwar di mana hakim akan membuat keputusan kes liwat yang dihadapinya.

      Kelantan dijangka menghantar penyokong paling ramai dengan anggaran 10,000 orang, kata seorang ahli PKR hari ini. “Sebahagian besar mereka sudah berada di Kuala Lumpur kerana menyaksikan final bola sepak piala Sumbangsih Kelatan melawan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Melaka akan menghantar sekurang-kurangnya 500 orang, kata pengarah pilihan raya PKR negeri, Mohd Yusof Abdullah.

      “Mungkin ramai lagi kerana saya mendapat tahu ada yang pergi secara senyap-senyap dengan kawan-kawan mereka,” katanya.
      Terengganu 3, 000, Pahang 300
      Pahang pula menjangkakan 300 orang akan ke Kuala Lumpur, kata ketua Temerloh, Ahmad Nizam Hamid.
      Katanya, semua ketua cabang termasuk pengerusi PKR negeri Datuk Fauzi Abdul Rahman mengesahkan akan hadir.

      “Mereka akan bertolak awal pagi esok selepas solat Subuh,” katanya.

      PKR Terengganu pula akan menghantar 3,000 orang, kata ketua Kuala Terengganu, Fariz Musa, ”Ini jaminan kita kepada pimpinan,” kata beliau.
      Read more

      Saturday, 7 January 2012

      Polis beri syarat adakan perhimpunan



      Polis kini mengenakan 10 syarat kepada penganjur perhimpunan 9 Januari bagi menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, antaranya tidak membenarkan ucapan awam dan membawa sepanduk bertulis 'Bebaskan Anwar 901' atau 'Bebaskan Anwar'.

      Syarat-syarat yang dikenakan oleh Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan itu, disiarkan di laman Facebook polis.

      Syarat-syarat tersebut bercanggah dengan apa yang diberitahu oleh
      timbalan presiden PKR, Azmin Ali dalam satu sidang akhbar sebelum ini.

      Syarat-syarat tersebut ialah:

      1. Penggunaan risalah/ banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah tidak dibenarkan sama sekali semasa perhimpunan berlangsung.

      2. Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ tidak dibenarkan. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

      3. Pengucapan awam tidak dibenarkan sama sekali.

      4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding mahkamah.

      5. Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di pakir awam sebelah kiri jalan utama ke mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

      6. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan pakir mahkamah.

      7. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.

      8. Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.

      9. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.

      10. Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.
      Read more